Hadiah yang sama , Isi yang berbeza

Kita sangat teruja saat menerima hadiah dari teman-teman berupa kebendaan. Tetapi Hadiah paling mahal dari seorang teman adalah sebuah untaian doa.

Allah pun ada bagi hadiah dekat kita. Tetapi bukan kebendaan. Namanya sebuah ujian.
Semua orang pernah dapat hadiah yang sama tetapi isi hadiah berbeza dengan orang lain.

Kita teruja? Gembira? Sedih? Meratap?

Saya pernah nengalami rasa down , sedih , serba tak kena ketika saya dalam proses cuba untuk lebih dekat dengan Tuhan. Saat saya bertanya kepada sahabat saya ;

Kenapa kita diuji saat kita sedang cuba untuk lebih dekat dengan Tuhan?

Jawapannya ; " To be even closer "

Simple dan mudah sahaja jawapan sahabat saya ni tapi menusuk ke hati hingga ke saat ini.

**
Konklusinya, sekecil kecil ujian dan seberat berat ujian mempunyai destinasi yang sama, untuk kita, sebagai hamba kembali mencintai-Nya.

Comments

Popular Posts