Kenang.

Assalammualaikum kesayangan.


Saat masa depan mula terbayang,
hadir juga banyangan kenangan lalu,
masa silam yang lama memerhati masa kini aku,
pada garis masa aku di pentas dunia ini,
terlalu, terlalu banyak ibrah terhampar.

Terima Kasih wahai silam,
kerana membawa aku ke hadapan berhijrah,
dekat pada Tuhan dan kembali menyuburkan iman.

Terkenang perjalanan masa lalu,
suasana yang merubah aku.
Pada kawan, pada lawan,
semua mengajar aku.

Terima kasih umi ayah,
tanpa doa kudus dalam sendu pada Rabb,
tanpa nasihat bertubi menusuk ke hati,
tidaklah aku berjalan hingga ke sini.

Terima kasih duhai teman,
saksi jatuh luka perit tawa riang aku,
akan ku kenang dalam doa cinta aku ke Illahi,
moga dalam lindungan rahmat Allah.

Biarpun ke mana kalian merantau,
Biarpun paras rupa dan personaliti berubah,
kesaksian kalimah yang Esa,
penguat langkah kita ke syurga-Nya.

Dan,



Aku masih  di sini,
di legar ruang waktu,
menanti rezeki dari Allah,
menanti perjalanan seterusnya,
perjalanan ini akan dikenang.
Dikenang dan dimuhasabah kembali.

People changed, Times fly, Memories stay.

Comments

Popular Posts