#HappyWomensDayToGreatWomenInMalaysia





"Saya malu lah nak pakai tudung labuh, pakai stokin, saya ni bukan baik sangat, " kata seorang perempuan.

Malu. Malu selalu diletakkan pada tempat yang salah.

Malu paling utama ialah malu kepada Allah.

Bila Allah dah perintahkan kita menutup aurat dengan sempurna, kita malu kepada Allah kalau kita tak taat perintahnya. Sebab kita hanya hamba, siapa kita dihadapan Allah?

"saya bukan baik sangat"
Merasakan diri kita tidak baik sangat itu suatu kebagusan.

tapi bagaimana kita menghayati ayat "saya bukan baik sangat"?

Kalau kita sedar kita bukannya baik sangat, bukan ahli syurga, sepatutnya kenalah perbanyakkanlah amal kebaikan, mengikut perintah Allah. bukan menjadikan alasan saya bukan baik sangat untuk mengelak melakukan amalan kebaikan.


SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA.


Wanita itu muslimah,
muslimah itu permata,
Permata itu berharga,
Berharga yang tida punya nilai dunia,
kerana maruah yang dijaga,
bukan yang dijaja.

Wanita itu umpama bidadari syurga,
makhota terletak pada aurat, maruah dan akhlaknya.

#NoteToMySelf

Comments

Popular Posts