wanita, masjid juga tempat untuk mereka

Assalamu'alaikum..

saya juga boleh dikategorikan wanita walaupun hakikatnya masih gadis belasan tahun, ngeh. anda juga wanita.. wanita itu istimewa sungguh Allah ciptakan.. tapi apabila disamping suami, bagi yang dah kahwin. ^.^ sesetengah suami ni tak membenarkan isterinya melangkah keluar ke masjid ataupun surau.. sedangkan Nabi ada bersabda ,mahfumnya..
Janganlah kamu menegah para wanita keluar ke masjid-masjid, dan (sedangkan) rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka. (HR Ahmad & Abu Daud)
hadis ni menerangkan bahawa wanita tu boleh je pergi menunaikan solat di  masjid dan dirumah sebaik-baiknya dan digalakan pula untuk para wanita menunaikan solat di masjid/surau.

source:google

Alasan para suami tak bagi si isteri ke surau adalah semata-mata takut timbulnya fitnah.. dalam petikan blog ustazah fatimah syarha mempertikaikan.. kenapa wanita dibenarkan pula pergi ke pasar bersendirian tanpa ditemani sesiapa..pergi bekerja atau sebagainya.. kebarangkalian fitnah tu timbul untuk ke masjid tu kecil sekali.. kerana tujuan kita mahu menuju beribadah kepada Allah..

Di masjid/surau sering diadakan majlis-2 ilmu.. selepas menunaikan solat jemaah yang dituntut tu ada majlis ilmu..dan para wanita ni boleh tambah-2 ilmu yang ada..supaya terdidiklah jiwa muslimah-muslimah ni semua termasuklah saya..si gadis comel ni :D bak tema rancangan ustazah pilihan.. 'TERDIDIK WANITA,TERDIDIK GENERASI'  wahhh. betul lah tu.. bila wanita-wanita ni terdidik dengan ilmu agama, ilmu agama tu pula boleh dikongsi bersama generasi-generasi kini.. ada sesetengah masjid yang saya pergi giat menjalankan aktiviti untuk para muslimah.. aktiviti tadarus, adakan ceramah untuk para muslimat ..menganjurkan banyak aktiviti untuk mengimarahkan masjid. baguskan?

Di kawasan perumahan saya ni.. ada sebuah surau , surau Al-mustaqimah namanya.. kalau ada ustaz luar datang ceramah, selalu je doakan supaya 'penduduk di sini berada dijalan yang lurus' AMIN... :) bilangan jemaah waktu subuh kebanyakan dipenuhi jemaah lelaki.. alhamdulillah, pemuda-pemuda pulak. baguss. tapi masuk je jemaah wanita..semuanya yang makcik-makcik yang longgar lututnya.. wallahu'alam. sihat je tengok..gagah pergi ke surau. kalau ada qiamulail malam ramadhan, geng-geng nenek-2 dan makcik tu pakat tidur surau. kadang-kadang rasa malu pula.. aku yang masih muda, banyak tenaga ni pun tak tersampai kaki ni.. ada masa je pergi. ishhh!

itulah sedikit sebanyak perkongsian dari saya.. bahawa, masjid/surau bukanlah untuk lelaki sahaja.. dan para suami pun haruslah memberi galakan bukan halangan..ya? kalau ada yang terkurang tu datang dari saya.. yang baik tu datang dari Maha Pemilik Ilmu ..Allah s.w.t

wallahu'alam..

Comments

Popular Posts