nasihat


'Kau nasihatkan lah dia..' kata-kata itu terus mampir di telinga ini.

 "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan 
juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas 
untuk diri 
sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya 
tidak akan 
ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."


-Hassan Al Basri-






nak memberi nasihat bukan melihat siapa kita tetapi lihat siapa dan kenapa kita perlu memberi dia nasihat.
dan si penerima nasihat juga perlu menerima nasihat tanpa melihat siapa yang memberi nasihat tapi dengar apa
yang dinasihatkan..pastinya nasihat itu sesuatu yang baik. kalau kita ditegur tentang kesalahan kita, maknanya 
orang itu sayang pada kita. tak mahu melihat kita hanyut dibuai kesalahan.. apabila nasihat yang diberikan  
dengan penuh hikmah..inshaAllah, Allah beri dia petunjuk. dan si penerima nasihat haruslah berusaha untuk 
memperbaiki kesalahan tersebut.. sikit demi sikit berubah takpe, asalkan berterusan, istiqomah. 

Comments

Popular Posts