Tazkirah in Biology class

"Krinngggg"
Terasa berat sungguh nak melangkah turun ke makmal, dahagaku dan laparku, aku gagah jua. nampak tak nilai kegigihan disitu? The excited moment bila masuk kelas biology ni, my beloved  Teacher Fauziah always spread the word reminder to us before start our class.

Tazkirah ramadhan mungkin? hehe. Tazkirah untuk tengah hari tadi, cikgu bacakan maksud ayat 11 ;surah al-hujurat *semak-semak*



Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; 
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.
Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Maksudnya?
As a good muslim , we're forbidden to insult other people! kenapakah?
Sebab mungkin orang kita hina itu LEBIH MULIA daripada diri kita. Kita menghina orang itu, maknanya kita lah yang hina. Apabila kita menghina seseorang itu atau memberi gelaran yang tak helok kepada seseorang, dan orang tu terguris hatinya, tersinggung yang dahsyat, maka kita telah menzalimi diri sendiri dengan menyakitkan hati orang lain. Allah tak suka orang yang mendedahkan diri mereka kepada kezaliman.

Diceritakan juga oleh cikgu, keajaiban solat Malam. Suka saya ringkaskan, apabila kita mendekatkan diri kita dengan Allah melalui bangun dan solat malam..fizikal, sahsiah dan rohani kita akan diperlihara. Definitely, everything gonna be well. Kita melihat, melihat dengan pandangan Allah. Maksudnya, kita melihat kebaikan seseorang itu dan bukan pada keburukan yang telah dilakukan. Allah akan memberi pandangan yang baik pada kita, pandangan bukan di mata tapi pandangan hati. Pandangan mata kebanyakan berdasarkan nafsu semata-mata. Bila kita bercakap pula, kita bercakap apa yang Allah suka kita cakap, kalimah toyibah

Segala peringatan, terima kasih murabbiyahku merangkap jiran saya. :D


Aku disini menyebarkan peringatan yang masih segar dalam minda buat aku dan teman semua , Assalammualaikum cinta :)

Comments

Popular Posts