Journey Begins

Fuh fuh. Berhabuk. Resedung. *Hachuuuu!*

Perjalanan yang tidak disangka. At the end, the end? Akhirnya saya selamat bergelar sebagai seorang junior-siswi to be senior , soon. Bersembang kuat nak ambil bidang pharmacy namun, Allah kata , bidang kau ini. Diploma in Islamic Contemporary and Social of Science , what is that? In malay ; Diploma Pengajian Islam dan Sains Sosial. Apa yang kau belajar? Saya belajar apa yang pelajar SMA belajar , malah lebih mendalam lagi. Nak jadi ustazah lah ni? If and only if. Habis? lecturer-to be. Kau nak ajar apa? maybe in psychology wa usul fiqh. insyaAllah. 


Menggalas 30 subjects sepanjang 8 sem. wow! tiada apa yang perlu di-wow-kan. Sepanjang 8 sem ini, semakin aku kenal kejahilan diri. How much things that I dont know and how much that I need to learn.
Bak kata seniors , students DIC selalu menjadi kesayangan. My president pula kata, student DIC is the icon to the others. In fact, wajah-wajah senior semua nak suci berkat daripada ilmu dan saya dapat melihat kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu, sampai dah habis kelas pun sempat buat halaqah dengan lecturer dekat kaki lima, awesome karenah mereka. Senyum tak lekang, manis wajah mereka setiap kali bertembung. Hari-hari mengusung kitab-kitab para syeikh, hari-hari terjemahan al-quran di tangan. Indah pemandangan yang saya lihat. Sejuk, tenang. Patutlah mereka icon kepada para mahasiswa dan siswi. Moga, Siti Farhana Binti Abdul Aziz pun begitu. Masih dalam kawasan tarbiyah level 1, masih banyak fasa yang bakal dilalui. Doakan saya. Doakan saya, umi ayah.



Sepanjang sebulan di IIC , kami transit ke UIA. nikmat superb teraaa! Semua student iic duduk mahallah sumayyah wa mahallah hafsa. Saya duduk mahallah hafsa. Banyak kenangan cuak , manis, hiba dan bengang. Yang cuak apabila Sir azlan, head of hostel panggil buat perjumpaan. Kenangan manis, dapat action jadi student UIA, sangatlah poyo. Nonsense, yang seronok dapat taaruf dengan kakal-kakak uia. Dekat UIA banyak majlis Ilmu, seronok. Dapat melepak di bilik jiran sebelah, bernasyid bersama, berassignment bersama. Disebabkan ramadhan, kami berbuka pun bersama dekat cafe bawah tu je. Yang bengang bila ada orang memekik-mekik tengah malam dan pada waktu berebut bas macam apa di pagi hari. Yang hiba bila waktu nak tinggalkan UIA , sedih baq hang. Saya dan 9 orang roomate dan jiran sebelah pindah ke rumah sewa dekat Taman pelangi, dekat jugaklah dengan Kolej. Masing-masing rindu nak rebut bas. haih. sekarang naik teksi je.

Bila dah duduk luar, majlis ilmu kena usaha cari sendiri, tapi tapi dekat kolej pun ada, semenjak join group SRC , or well-known as MPP ni, head of dakwah banyak share ilmu. Banyak kata-kata hikmah yang dikongsikan. Kita semua memerlukan peringatan kerana manusia itu mudah lupa jika tidak diingatkan. Syukur , alhamdulillah. Ini semua dengan izin Allah. Sekarang sedang cuti raya! InsyaAllah akan pulang ke pelangi ASAP untuk melangsaikan tugas seterusnya.




Beginilah kehidupan, banyak fasa bakal ditempuh sebelum tiba ke akhirat. Dengan fasa-fasa ini juga kita dapat mengenal Allah, mengenal ujian dan mencari hikmah. Malah, kehidupan yang dikurniakan ini bukan hanya sebuah perjalanan bersantai-santai tetapi perjuangan. Kehidupan ini satu perjuangan, bukan tempat isitirehat. Semua manusia Allah sediakan assignments iaitu menjadi khalifah, menjadi anak, menjadi seorang pelajar. Dalam menjadi seseorang itu, ada tanggungjawab dan amanah dan bakal di-submit tugas-tugas ini kepada Allah dan akan dinilai oleh Allah di mahsyar.

Semoga,
farhana yang lemah tanpa kekuatan yang dipinjamkan ini,
teruskan perjuangan sebagai penuntut ilmu,
andai mati.. syahidlah farhana di medan ilmu.
Andai tersungkur, jangan terus tersungkur.
Sapu pasir-pasir, ubati luka-luka.
Bangun kerana Allah.

This journey just begins, La tai asu.
Allah, thabat aku!

Comments

Popular Posts