Fatwa hati




Juzu' kehidupan manusia berlainan susur perjalanannya. Allah mahu melihat bagaimana kita menguruskannya dengan wahyu bukan dengan nafsu. Seperjalanan itu , acap kali tersandung, tersungkur, banyak luka dan berdarah. Sangat lama untuk pulih dan bangkit. Acap kali  tersesat, tersalah arah, sangat lama mencari cahaya, berusaha mencari hidayah. 

TETAPI,

Apabila jiwa diusik dengan seruling dakwah, saat itu hati kembali terarah. Saat mengingati segala kisah, membuat hati insan gelisah bagai tidak layak meraih cinta Allah yang agung itu. Saat inilah hati mula bertanya.

"Allah sayang aku lagi ke tak?"
"Allah redha aku ke tidak?"
"adakah aku dapat balasan buruk daripada semua ini?"
"Allah murka padaku?"

Hati juga disapa..

"Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. ..." 
[Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.]

Andai Allah murka..

"Tanda Allah murka pada kita apabila Dia menyibukkan kita dengan urusan dunia."

Hati lantas beristigfar, kembali meng-refleksikannya.

Minta fatwa hati untuk mempositifkannya, 

"Aku tak layak bersangka buruk terhadap-Nya
Sesungguhnya hatiku didalam gengaman-Nya, moga hati terus terbimbing dan punya deria rasa yang harum buat jiwa"

Allah uji kerana Allah sayang,
Allah masih bagi nyawa ,
Ada sebabnya,
untuk kita kembali kejalan-Nya.

Allah seru jiwa tanda limpahan rahmat-Nya,
Mahu kita ke syurga-Nya,
Jangan berputus asa, Allah tak suka.
Teruslah mencari redha-Nya
Masih banyak peluang dibuka.

Dia Maha Pengasih Maha Penyayang,
Dialah pemilik Cinta kekal selamanya.



#Hati, berfatwalah engkau dengan wahyu Illahi, bukan pengaruh keinginan diri.

Footnote : Tiba-tiba mahu nukilkan apa yang dirasa setelah puas bermonolog sendirian. fewhh. Kawan-kawan aku semua dah merdekaaa! yeah. Tahniah semua,kerana melaksanakan misi dengan sempurna! :)

Popular Posts